• Hang Lekir

Kurta Akhyar Rashid sempena Aidilfitri


Pemain tengah Harimau Malaya, Akhyar Rashid menjadi pemain bola sepak terawal di negara ini yang mengeluarkan produk kurta jenama sendiri sempena Aidilfitri. Berdasarkan laman rasmi Facebook pemain JDT itu, Akhyar Rashid Official terdapat enam pilihan warna bagi produk Kurta Akhyar Rashid 2020 iaitu jet black, ceylon yellow, lyons blue, purple ash, purple sunset dan raw sienna.

Difahamkan ini bukan kali pertama pemain berasal dari Jitra itu mengeluarkan produk berkenaan dan kurta edisi kali ini ditambaik baik dari segi kualiti. Antara lain jenis kain 100 peratus cotton poly sufi yang tidak panas. Dari segi perincian kurta pula, design butang baju berwarna kayu sesuai dengan potongan kurta yang slim fit disamping logo ekslusif kufi Akhyar Rashid. Kurta berharga RM150 ini adalah pre order dan stok adalah terhad. Anda boleh layari FB Akhyar Rashid official untuk maklumat lanjut. Mana tahu ada harga promo.


130 views

©2020 by HyperlokalMY