• Hang Lekir

Lalat banyak pun rimas, inikan pula jutaan belalang!


Kita di rumah pun boleh naik rimas kalau dapur penuh semut dan lalat manakala , ruang tamu atau bilik tidur penuh nyamuk.


Inikan pula serangga yang mengeluarkan bunyi kuat apabila terbang secara berkumpulan dan mampu merosakkan sesuatu tanaman atau tumbuhan sekelip mata.


Kerana masalah itulah, Iran terpaksa menggunakan tentera mereka bagi menghadapi serangan berjuta-juta belalang dan ini bukan kali pertama tetapi sudah masuk tahun kedua.



Belalang yang terbang dalam kelompok yang besar itu kini berada di selatan negara itu yang dilaporkan berjaya menakluki kawasan terbabit membabitkan kemusnahan hasil tanaman dengan keluasan lebih 200,000 hektar kebun dan ladang di 31 wilayah Iran.


Kemusnahan ini menyebabkan kerugian lebih USD7 bilion atau bersamaan hampir RM40 bilion.


Tentera Iran dikatakan akan membantu dari aspek tenaga tentera dan kenderaan sedia ada kerana ancaman belalang terbabit turun menjejaskan Pakistan.

43 views

©2020 by HyperlokalMY