• Pupa Kupa

Langgar PKP dengan alasan ambil teman wanita



Nak ambil teman wanita! Itu alasan diberikan seorang lelaki ketika ditahan dalam sekatan jalan raya di PJS 2, Petaling Jaya, sempena Ops Covid, malam tadi.


Bagaimanapun, alasan itu tidak diterima dan pemandu lelaki itu menerima padah apabila ditahan kerana didapati melanggar perintah kawalan pergerakan (PKP).


Perkara itu dimaklumkan Pegawai Cantas Ops Covid-19, ASP Affendy Mohamed Nor dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya yang bertanggungjawab dalam operasi berkenaan.


Afendy berkata, lelaki berkenaan ketika ditanya tujuan keluar pada waktu itu, dia cuma menjawab dia keluar kerana mahu mengambil teman wanitanya.


Turut ditahan kerana melanggar PKP ialah seorang pemilik restoran dan pembantunya serta tiga warga asing iaitu dua warga Myanmar dan seorang dari China.


Kesemua mereka gagal memberi alasan munasabah untuk berada di jalan raya atau tempat awam.

18 views

©2020 by HyperlokalMY