• Pupa Kupa

Lari dari anak jadi rutin.



Sejak peningkatan kes wabak Covid-19 di negara ini, para petugas kesihatan termasuk doktor terlalu sibuk di lapangan hingga tiada masa untuk keluarga.


Dr Ezairy M Sallih, seorang doktor di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) berkongsi rutin hariannya apabila pulang ke rumah setiap hari, terutama mengelak anak-anak apabila membuka pintu rumah.


Demikian nukilan Dr Ezairy yang dikongsi di Facebook beliau.


Sebaik sahaja pintu rumah dibuka, selajur itu berlari kesemua anak-anak ke arah bapanya...


“Ayahhh!”


Amboi, macam dah seminggu tak jumpa ayahnya yang kacak ni. Berebut-rebut nak peluk.


Saya berlari sama. Lagi laju saya lari, lagi laju langkahan mereka, lebih kuat jeritan mereka. Anak-anak, biasalah. Ingatkan mereka, kita ni nak main-main.


Sehinggalah isteri saya mengambil si Ammar dan Amin. Anna memerhati saja. Dah besar si kakak, dah faham barangkali.


“Ayah kotor, sayang. Banyak virus kat baju ayah itu,” perlahan si isteri bercerita. Tak tahulah faham ke tidak si Amin montel yang baru berusia dua tahun tu.


Macam itulah rutin kami sebagai petugas kesihatan. Kadang itu, dapat bersama dengan anak walaupun sekejap pun dah cukup buat rasa sangat bersyukur. Ada antara kami yang terpaksa duduk berjauh dengan anak-anak dan keluarga. Bertabahlah, dalam setiap kesusahan itu akan ada kesenangan nanti.


Semoga kawan-kawan saya yang lain terus bersabar. Tuhan sedang menguji.


Ya, ujian ini sedang menguatkan kita.


Dr Ezairy M.Sallih

Sedang oncall




29 views

©2020 by HyperlokalMY