• Pupa Kupa

Lelaki ini ubah bilik tidur menjadi kapal angkasa gara gara PKP.



Perintah Kawalan Pergerakan memberi ilham kepada seorang lelaki menjadikan salah sebuah bilik di rumahnya sebagai ruang kapal angkasa yang dilukisnya sendiri.


Melalui perkongsian Ahmad Fathil Zakaria di Facebook, dia menjadikan bilik dengan saiz 68 meter persegi meliputi dinding, pintu serta siling itu seolah-olah berada di angkasa lepas.


Projek lukisan 3D yang diberi dengan nama Projek Perumahan Terbang itu dimulakan dengan dia melukis lakaran imiginasi di atas kertas sebelum membuat lakaran perspektif pada dinding menggunakan kapur.



Ahmad Fathil turut memaklumkan dia terpaksa melukis dan memadam berulang kali bagi memastikan lukisan itu tidak terlindung apabila dia meletakkan barang pada bilik berkenaan.


Apabila lakaran itu siap sepenuhnya, Ahmad Fathil memulakan proses mengecat. Ruang tingkap juga ditutup dengan dengan kayu playwood yang tidak dipaku bagi memastikan ia boleh dibuka.


Bagi memastikan ruang bilik itu kelihatan seperti kokpit kapal angkasa, dia turut memasang lampu led yang boleh bertukar warna dengan menggunakan alat kawalan.

Penulis kurang pasti berapa lama masa yang diambil Ahmad Fathil untuk menyiapkan biliknya, namun berdasarkan status yang dimuatnaik malam tadi itu ia dibuat ketika Perintah Kawalan Pergerakan.



Ahmad Fathil ditemani seorang kanak-kanak perempuan yang dikenali sebagai Tia sepanjang dia menghasilkan bilik kapal angkasa berkenaan.


#PerintahKawalanPergerakan



95 views

©2020 by HyperlokalMY