• Hang Lekir

Lelaki Jerman berjaya 'menipu' Google Maps

Apabila semua sel-sel dalam otak bersambung, tiada apa yang mustahil untuk dilakukan.


Itulah yang terjadi kepada Google Maps apabila berjaya 'ditipu' seorang lelaki dari Berlin, Jerman dengan hanya menggunakan troli kecil dan telefon pintar, untuk menghasilkan kesesakan lalu lintas palsu di bandaraya itu, baru-baru ini. Penipuan yang dilakukan Simon Weckert itu hanya memerlukannya menarik troli yang mengandungi 99 telefon pintar, yang kesemuanya membuka aplikasi Google Maps.


Lelaki itu memaklumkan mudah untuk menggodam aplikasi itu berikutan ia terlalu bergantung pada data crowdsourcing. Crowdsourcing bermaksud pengumpulan data dilakukan melalui kumpulan data yang diambil daripada sekelompok besar pemilik sumber data di sekitar. Dalam situasi yang berlaku pada Google Maps, ianya diambil daripada data lokasi daripada telefon pengguna yang membuka aplikasi berkenaan. Helah yang digunakan Weckert menggunakan 99 telefon pintar yang di letakkan di dalam satu troli kecil sambil membuka aplikasi navigasi Google Maps berjaya mencipta kesesakkan lalu lintas palsu di aplikasi berkenaan.


Tindakan itu membuatkan peta yang memaparkan jalan yang dilalui Weckert dari berwarna hijau menjadi merah (jalan sesak). Secara tidak langsung membuatkan ramai pemandu mengelak dari menggunakan jalan itu. Begitu mudah Google Maps diperdaya, bayangkan jika terdapat individu seperti Simon Weckert di Malaysia pastinya membuatkan jalan raya di negara ini menjadi huru hara. Google perlu segera menyelesaikan masalah ini dengan memastikan aplikasi itu benar-benar dapat mengesan telefon pintar berada di dalam mod pemanduan atau tidak. Jika tidak masalah kesesakan lalu lintas palsu tercipta secara tidak sengaja dengan hanya kerana kelemahan aplikasi berkenaan.

188 views

©2020 by HyperlokalMY