• Pupa Kupa

Lima inisiatif kerajaan tangani wabak COVID-19

Antara inisiatif yang diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin selepas mempengerusikan mesyuarat kedua Majlis Tindakan Ekonomi, berkaitan wabak coronavirus. 1. Semua ahli KWSP bawah 55 tahun boleh keluarkan caruman dalam Akaun 2 masing-masing pada kadar maksimum RM500 sebulan selama setahun. Permohonan mulai 1 April ini. 2. Kerajaan setuju salur peruntukan tambahan RM500 juta kepada KKM untuk biayai keperluan tangani COVID-19 3. RM100 juta untuk Kementerian Kesihatan melantik kakitangan kontrak termasuk jururawat. 4. Kerajaan setuju salur peruntukan RM130 juta kepada negeri-negeri bagi membantu penjaja, bantuan kepada pesakit covid. Peruntukan sama rata. 5. Kerajaan setuju lanjutan masa tiga bulan kepada enam bulan bagi bayaran balik PTPTN sehingga September ini.

Selain itu, Perdana Menteri turut mengumumkam kerajaan akan memberikan topeng muka secara percuma kepada golongan memerlukan sebaik bekalan itu tiba dari China.

#COVID19 #INISIATIF #TOPENGMUKA

15 views

©2020 by HyperlokalMY