• Pupa Kupa

Lirik 'Hey Jude' tulisan tangan McCartney dilelong RM3 juta

Updated: Apr 12




Wabak COVID-19 yang sedang melanda Amerika Syarikat ketika ini tidak menghalang daripada lirik lagu hit bertulisan tangan Paul McCartney berjudul 'Hey Jude' nyanyian band legenda The Beatles, dilelong dengan harga RM3,921,916 (USD910,000), pada jumaat lalu.


Jumlah lelongan itu dikatakan sembilan kali ganda daripada anggaran asal perolehan yang disasarkan rumah lelongan Julien di New York, Amerika Syarikat.




Lirik lagu bertulisan tangan McCartney itu adalah satu daripads 250 item milik The Beatles yang ditawarkan menerusi lelongan atas talian oleh Julien Auctions sempena 50 tahun perpecahan band legenda terbabit.


Selain itu, sebuah bass drumhead vintaj berlogo The Beatles yang pernah digunakan kumpulan legenda itu ketika pertama kali melakukan jelajah di Amerika Utara pada tahun 1964 juga antara item hangat yang mendapat sambutan.

Drumhead itu berjaya dilelong pada harga RM861,959 (USD200,000).


Sebelum lelongan itu dilakukam, seorang pakar pemuzik dari Julien Auctions, Jason Watkins menghuraikan bahawa catatan nota tahun 1968 milik McCartney bagi rakaman lagu 'Hey Jude' adalah salah satu koleksi unik dan sangat berharga.




"Ia jelas merupakan lagu yang sangat ikonik dan diketahui semua lapisan. Tulisan tangan ini digunakan sebagai panduan ketika mereka merakam lagu berkenaan di studio," katanya.


Sebagai rekod, lelongan dibuat secara atas talian di Hard Rock Cafe dekat Times Square, New York, ia dilakukan secara atas talian berikutan wabak COVID-19 yang sedang melanda dunia termasuk Amerika Syarikat.

23 views

©2020 by HyperlokalMY