• Hang Lekir

'Lockdown' di rumah hantu jika ingkar perintah kuarantin

Bosan dengan tingkah laku penduduk yang memandang ringan arahan kuarantin, seorang ahli politik Indonesia mengambil keputusan untuk menakutkan mereka yang ingkar dengan mengurung mereka dalam rumah yang berhantu. Lapor portal berita AFP, Ketua Daerah Sragen, Kusdinar Untung Yuni Sukowati dipetik sebagai berkata tindakan itu dilakukan bagi mengekang pergerakan penduduk daerah itu susulan arahan perintah berkurung di Jakarta dan beberapa lagi daerah utama Indonesia. Selepas ramai lagi dikesan gagal mengkuarantin diri sendiri selama 14 hari untuk mengekang penularan COVID-19 di Kepulauan Jawa, Sukowati mengarahkan rumah tinggal yang dipercayai berhantu ditukarkan menjadi ‘penjara’. Setakat ini, lima orang sudah dimasukkan dalam ‘penjara rumah berhantu’ Sragen.

66 views

©2020 by HyperlokalMY