• Hang Lekir

Masak Apa Tak Jadi Hari Ni?


Melucukan. Itu ungkapan paling sesuai untuk menggambarkan satu Group Facebook yang dicipta oleh rakyat Malaysia untuk untuk berkongsikan pengalaman 'merosakkan' juadah harian mereka. Gelagat dan telatah pengikut group atas nama 'Masak Apa Tak Jadi Hari Ni' itu bukan saja mencuit hati malah boleh disifatkan menjadi fenomena apabila mengumpul lebih 180,000 pengikut dalam masa hanya empat hari. Pelbagai kemaskini dimuatnaik pengikutnya di group berkenaan mengenai masakan yang tidak menepati jangkaan mereka. Malah ada juga yang menggunakan kreativiti sendiri untuk mengedit gambar roti dianggap tidak menepati jangkaan si tukang masak dengan menggantikan muka Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.

Rata-rata pengguna Facebook yang bercakap mengenai group berkenaan turut memberikan komen positif terhadap gelagat pengikut group berkenaan.


Rakyat Malaysia tidak pernah mengecewakan dari segi jenaka. Walaupun sedang menghadapai 'peperangan' dengan wabak yang membunuh sehingga terpaksa terkurung di rumah namun ada saja idea untuk mengukirkan senyuman kepada masyarakat.

3,978 views

©2020 by HyperlokalMY