• Hang Lekir

Menjangkau 12 tahun, Slumdog Millionaire tetap relevan untuk ditonton


Mengangkat isu kehidupan masyarakat miskin sebenar di India yang sanggup menipu saudara sendiri, kawan dan sesiapa sahaja untuk terus hidup, filem Slumdog Millionaire masih relevan untuk ditonton walaupun ia sudah menjangkau 12 tahun.

Tanpa hero gagah dan heroin yang mengiurkan, filem arahan Danny Boyle ini dianggap terbaik kerana kekuatan ceritanya iaitu perjalanan hidup seorang kanak-kanak lelaki; Jamal Malik yang menjalani kehidupan bersama saudaranya, Salim sejak kematian ibu bapa kerana ketegangan agama.


Kesusahan yang menghimpit kedua adik beradik yatim piatu ini bersama seorang rakan, Lathika juga yatim piatu sejak kanak-kanak menjadikan masing-masing membasar dalam keadaan tabah, agresif dan tidak berhati perut.


Salim lakonan Madhur Mittal memilih untuk menjadi gangster yang sanggup membuat apa sahaja untuk hidup termasuk merosakan Lathika, manakala Jamal lakonan Dev Patel membesar dalam keadaan sebaliknya.



Perjalanan hidup mereka bertiga digarap dengan baik dan diselang seli dengan soalan program Who Want To Be A Millionaire yang dihoskan Anil Kaapor dan Jamal menyertainya.


“You don’t have to be a genius,” kata Jamal kepada polis yang menahannya selepas disyaki menipu dalam program tv itu.


Memang benar kata Jamal, dia sebenarnya tidak pintar. Keperitan hidupnya sejak kecil dan setiap jalur kehidupan gelapnya membantu Jamal menjawab hampir keseluruhan soalan dalam Who Wants To Be A Millionaire.


Tuah menyebelahi Jamal apabila setiap soalan yang diajukan ada kaitan dengan setiap perjalanan hidupnya. Bermula dengan soalan wajah siapa di atas wang kertas Amerika $100.



Jamal teringat zaman kecilnya ketika menipu pelancong di Taj Mahal bersama Salim dan di situ dia mengenali mata wang Amerika selain pernah diberitahu rakannya yang dibutakan mata oleh sekumpulan samseng.


“Benjamin Franklin,” jawab Jamal tanpa ragu-ragu. Bukan itu sahaja pelbagai soalan lain yang diajukan dijawab dengan tepat hingga menimbulkan kesangsian pada pengacara yang mengaggap Jamal menipu.


Program itu kemudian ditunda pada keesokan harinya dan ketika perjalanan pulang Jamal diperangkap oleh pengacara dengan meminta polis menyiasat Jamal kerana dipercayai menipu.


Dalam proses siasatan dan setelah diseksa dan dipukul dengan teruk oleh polis, Jamal akhirnya menceritakan satu persatu kisah hidupnya.


Bagaimana kisah itu mempunyai kaitan dengan setiap soalan yang diajukan hingga membuatkannya berjaya menjawab setiap persoalan dalam rancangan berkenaan.


Filem ini berkembang dengan menarik apabila setiap isu sosial yang dihadapi masyarat India dikupas satu persatu, termasuk isu eksplotasi kanak-kanak, ketegangan agama dan korupsi.


Menonton filem ini membuat kita mudah tersentuh pada golongan terpinggir selain turut membuatkan kita rasa sedih, geram dan insaf dengan setiap kejadian yang menimpa Jamal, Salim dan Lathika.

142 views

©2020 by HyperlokalMY