• Hang Lekir

Misteri Sephia dendangan Sheila On 7


Siapa yang tak kenal dengan band popular Indonesia Sheila On 7 (SO7) yang pernah menjadi fenomena di Malaysia. Antara lagu popular hingga sampai sekarang menjadi siulan ramai ialah seperti Melompat Lebih Tinggi, Berhenti Berharap, Seberapa Pantas dan Sephia.


Hyperlokal yakin dalam senarai lagu SO7 pastinya Sephia lagu ini yang paling sedap ‘di layan’ dan lagu wajib dinyanyikan ketika pergi karaoke. Namun disebalik lagu dan lirik yang mempersonakan ini pastinya ramai yang masih belum tahu kisah Sephia dengan salah seorang ahli kumpulan SO7 iaitu Eross Candra.


Kisah Sephia ini bermula apabila gitaris yang kini berusia 41 tahun itu menerima panggilan telefon dari wanita yang tak dikenali di rumahnya yang memaklumkan namanya Sephia. Eross kemudian bertanya bagaimana Sephia boleh dapat number telefon dan dari mana dia menelefon.



Sephia memaklumkan dia mendapat nombor telefon Eross dari salah seorang peminat SO7 dan dia menelefon Eross menerusi telefon awam atau public phone yang terletak di hadapan rumah gitaris berkenaan. Eross kemudian mengambil keputusan untuk keluar rumah untuk tahu sama ada ia benar atau tidak.


Apa yang mengejutkan Eross, tiada siapa di public phone dan dia hanya ternampak ganggang telefon itu dalam keadaan tergantung. Dengan perasaan ingin tahu, Eross buat kajian terperinci mengenai nama Sephia dan akhirnya dia jumpa alamat rumah wanita misteri berkenaan.


Eross mengambil keputusan untuk pergi ke alamat yang dijumpainya. Sebaik sahaja sampai, dia dijemput masuk oleh pasangan orang tua iaitu ibu bapa Sephia. Eross bertanyakan mengenai Sephia dan menceritakan pengalaman ngeri yang dilaluinya kepada pasangan suami isteri berkenaan.



Sebaik mendengar cerita Eross, pasangan itu menangis dan menjelaskan bahawa Sephia adalah peminat setia S07 dan meninggal dunia akibat kemalangan ketika perjalanan ke konsert mereka. Ibu bapa Sephia kemudian membawa Eross masuk ke bilik anak mereka itu di mana ia dipenuhi dengan poster SO7.


Ibu bapa Sephia seterusnya membawa Eross untuk melawat kubur Sephia. Eross pergi dan mendoakan supaya roh Sephia berada dalam keadaan tenang. Pengalaman misteri Eross itu menyebabkan gitaris itu menulis lirik Sephia bagi ditujukan khas kepada peminat setia SO7.

326 views

©2020 by HyperlokalMY