• Pupa Kupa

Nak pergi pejabat tuan, nak siram pokok

Updated: Mar 27



Polis: Nak ke mana cik?


Orang awam: Pergi pejabat tuan, nak siram pokok.


Ini bukan cerita lawak tetapi kejadian yang benar berlaku, di mana alasan yang tidak munasabah diberikan orang awam ketika ditahan polis

tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), di sekitar Petaling Jaya.


Malah, alasan beli surat khabar, hantar kek dan beli barangan dapur di Kuala Lumpur tetapi tinggal di Shah Alam juga antara alasan tidak masuk akal diberikan kepada polis.


Laporan BH Online memaklumkan, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal, berkata ia sedikit sebanyak menunjukkan segelintir individu masih tidak menyedari tahap bahaya penularan COVID-19.


“Tiada laporan anggota IPD (Ibu Pejabat Polis Daerah) Petaling Jaya dimaki dan dicerca namun pelbagai alasan tidak menusabah diberikan termasuk mahu siram pokok di pejabat ketika tempoh PKP.


Malah, ada yang tinggal di Shah Alam memaklumkan mahu beli barangan dapur ketika ditahan dalam sekatan jalan raya di Plaza Tol Damansara.


“Ia membuatkan kita terfikir bahawa sebilangan kecil masyarakat masih belum sedar tahap bahaya wabak COVID-19,” katanya.

324 views

©2020 by HyperlokalMY