• Hang Lekir

Netizen ucap selamat hari lahir di siaran media Dr Noor Hisham



Siaran langsung sidang media Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dihujuni dengan ucapan selamat hari lahir dari netizen.



Menariknya semua portal yang menyiarkan sidang media di Facebook masing-masing itu dipenuhi dengan ucapan serta doa kesejahteraan kepada wira negara yang menentang wabak Covid-19 ini.



Namun hakikatnya, ulang tahun kelahiran ke 57 pakar bedah ini bukanlah pada hari ini, sebaliknya pada Selasa ini iaitu 21 April.


Nampaknya, rakyat Malaysia kehadapan dua hari lebih awal. Apa-apa pun Selamat Hari Lahir Hero Malaysia, moga sentiasa dalam rahmat Allah dan berbahagia bersama keluarga tercinta.

145 views

©2020 by HyperlokalMY