• Pupa Kupa

Nostalgia Ramadan: Siri Rumah Kedai



Menjelang Ramadhan yang bakal menjelma dua minggu lagi menggamit memori Hyperlokal terhadap drama tv Rumah Kedai yang popular di hujung 80-an dan awal 90-an.


Drama bersiri 30 episod ini ditayangkan setiap Ramadhan bermula pada tahun 1988 hingga 1993 ini mendapat perhatian ramai kerana bertemakan moral, keagamaan dan kekeluargaan walaupun menyelitkan unsur komedi.



Diterajui pelakon hebat Yusof Mohamad sebagai Pak Halim, drama ini sarat dengan kisah-kisah mendidik masyarakat, di mana Pak Halim sentiasa memberi nasihat di setiap pengakhiran episod.


Drama ini dilihat dekat dengan masyarakat kerana setiap episod yang ditayangkan sama seperti kisah yang berlaku dalam masyarakat.



Turut

Antara pelakon lain dalam drama ini adalah Rosnah Mohd Aris, Zulkifli Zain, Aliza Abdul Rafar dan Khatijah Tan.


Sukar untuk Hyperlokal menyatakan secara terperinci betapa ‘enaknya’ drama ini kerana ia sudah berusia lebih 30 tahun. Jika sebut sahaja Rumah Kedai terngiang-ngiang di telinga inu lagu tema drama berkenaan.



Bagi mereka yang mahu menonton drama terbaik yang pernah disiarkan pada Ramadan ini, boleh menonton di Youtube di mana, TV3 memuatnaik semua siri drama berkenaan sejak setahun yang lalu.

61 views

©2020 by HyperlokalMY