• Pupa Kupa

Penduduk Lembah Klang alami gangguan air akibat pencemaran bau

Gangguan bekalan air tidak berjadual dijangka berlaku di Kuala Lumpur dan enam lagi daerah di Lembah Klang berikutan pencemaran bau yang dikesan pada sumber air mentah di Sungai Selangor, hari ini. Daerah lain yang terjejas adalah Petaling, Klang/Shah Alam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Kuala Langat Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), Abdul Halem Mat Som, memaklumkan Loji Rawatan Air Sungai Selangor (LRA) Fasa 1 (SSP1), Fasa 2 (SSP2), Fasa 3 (SSP3) dan Rantau Panjang terpaksa dihenti tugas pada jam 7 malam tadi. Katanya, sehingga jam 8 malam tadi bacaan pencemaran bau masih pada tahap 2 ton. Pihak Air Selangor sudah melaporkan insiden pencemaran ini kepada pihak Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) untuk tindakan lanjut. "Air Selangor akan menyalurkan maklumat kawasan-kawasan gangguan bekalan kepada pengguna dari semasa ke semasa menerusi semua medium komunikasi Air Selangor termasuk Twitter, Facebook, Instagram dan laman sesawang kami di www.airselangor.com," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

#AirSelangor #Gangguan #Bekalan #Air

89 views

©2020 by HyperlokalMY