• Pupa Kupa

Pengerusi surau mangsa ke-11 COVID-19

Seorang pengerusi surau berusia 70 tahun menjadi mangsa terbaharu wabak korona (COVID-19) menjadikan jumlah kumulatif kes kematian di negara meningkat kepada 11 orang setakat ini. Beliau adalah kes ke-1070 yang disahkan positif COVID-19 dan mempunya sejarah perjalanan ke Indonesia pada Februari lalu. Mangsa juga dikatakan mempunyai latarbelakang penyakit kronik sebelum menunjukkan gejala seminggu sebelum dimasukkan ke Hospital Canselor Tuanku Muhkriz Universiti Kebangsaan Malaysia pada 18 Mac lalu. Sehari kemudian beliau disahkan dijangkiti virus COVID-19 dan diberikan bantuan pernafasan di Unit Rawatan Rapi (ICU). Bagaimanapun, beliau disahkan meninggal dunia pada jam 9.05 malam tadi selepas kesihatannya semakim merosot. #COVID19 #WABAK #VIRUS

14 views

©2020 by HyperlokalMY