• Pupa Kupa

Permainan tradisional jadi pilih di kala Perintah Kawalan Pergerakan dikuatkuasa

Hari kedua Perintah Kawalan Pergerakan di seluruh negara menyaksikan ramai netizen berkongsi aktiviti mereka di rumah menerusi ruangan komen di laman Facebook rasmi Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Menerusi satu hantaran bergambar dengan caption 'JUST STAY AT HOME', netizen turut meluahkan pelbagai masalah mereka, selain memberikan pendapat berhubung perkembangan baharu Covid-19. Msah NB berkongsi gambar keluarganya bermain permainan teng-teng, atau juga dikenali sebagai Ketinting iaitu sejenis permainan tradisi kanak-kanak sekitar tahun 1980-an. Seorang peniaga kedai runcit, Cek Adie pula berkongsi gambarnya di premis miliknya dengan caption: "Dari Pagi Buka Kedai Runcit Blm Ramai yg Beli...Satu dua org jeer...Alhamdulillah Masih Di Bolehkan Meniaga..." Ada juga netizen yang memuat naik video sedang memantau anak buat kerja sekolah. Terdapat juga netizen mengadu kepada Perdana Menteri ada syarikat masih berdegil meminta pekerja untuk bekerja seperti biasa, walaupun bukan dalam sektor yang mendapat pengecualian.

Beberapa netizen turut merayu agar Perdana Menteri memberi pertimbangan untuk membenarkan pengeluaran sedikit wang daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi mengurangkan beban, terutama golongan berpendapatan rendah dalam waktu sukar ketika ini. Satu komen yang lebih santai, seorang pengguna Facebook mencadangkan perutusan khas berkaitan Covid-19 selepas ini disampaikan oleh Diva AA (Azwan Ali) kerana lebih efektif. Dalam satu komen yang serius, Azri Akif memohon Perdana Menteri supaya menyekat 83 rakyat Malaysia yang menyertai Perhimpunan Ijtimak Sulawesi daripada memasuki negara buat sementara waktu, mengambil iktibar kesan perhimpunan di Masjid Jamek Sri Petaling. Malam tadi, Perdana Menteri merayu rakyat supaya duduk di rumah dan batalkan niat pulang ke kampung bagi memutuskan rantaian jangkitan Covid-19. #PerintahKawalanPergerakan #COVID19 #JustStayAtHome

9 views

©2020 by HyperlokalMY