• Hang Lekir

Pes masakan Leezo memang membuka selera


Pasangan muda yang baru melangsungkan perkahwinan pastinya kini dalam dilema apabila kerajaan baru-baru ini mengumumkan bahawa bazaar Ramadan tidak akan diteruskan dalam apa jua bentuk sepanjang Perintah Kawalan Keselamatan (PKP).


Keadaan ini pastinya membingungkan kerana rancangan mendapatkan juadah untuk berbuka terbantut malah mungkin sudah kering idea jenis masakan yang mahu disediakan untuk ahli keluarga.

Bagaimanapun, Jom Makan! ada solusinya. Kami mencadangkan anda semua untuk mencuba pes masakan serta makanan sejuk beku yang dikeluarkan Restoran Leezo. Untuk pengetahuan semua, Restoran Leezo memiliki lebih 10 cawangan di Johor, Melaka, Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur. Jom Makan! sudah cuba sebelum ni, memang tak dinafikan padu beb. Untuk mereka yang diluar kawasan jangan bimbang, ini la peluang korang rasai betapa uummmnya produk keluaran Leezo walaupun hanya melalui pes masakan.

Cuma produk masakan sejuk beku sahaja buat sementara waktu dijual di cawangan Batu Pahat sebelum dikembangkan ke cawangan lain serta seluruh negara. Bukan sekadar boleh menikmati menu lain dari yang lain, ia juga boleh dijadikan penyediaan untuk berbuka puasa yang bakal menjelang dalam seminggu lagi. Antara pes masakan dan produk sejuk beku keluaran bumiputera ini adalah lemak cili padi, paprik, tomyam, asam pedas, kambing kerapan, set burger ayam dan daging.

Tak tahu masak? Jangan bimbang cara penyediaan masakan turut diajar oleh Leezo. Hubungi 01118986080 sekarang untuk tempahan. Cepat puasa dah tak lama dah. Nak tahu lebih lanjut mengenai Leezo boleh layari Facebook Leezo Frozen Product serta Leezo Restaurant/Leezo Container.

210 views

©2020 by HyperlokalMY