• Pupa Kupa

Pos Malaysia tangguh sementara perkhidmatan mel dan bungkusan antarabangsa



Penularan wabak Covid-19 yang semakin membimbangkan menyebabkan banyak negara di seluruh dunia mengehadkan pergerakan rakyatnya, sama ada melalui perintah berkurung, darurat mahupun kawalan pergerakan seperti di Malaysia.


Keadaan itu itu menyebabkan banyak aktiviti dan urusan harian termasuk perhubungan antarabangsa terjejas, begitu juga penghantaran barangan dari Malaysia ke negara luar mahupun sebaliknya.


Berikutan itu, Pos Malaysia Berhad mengumumkan perkhidmatan mel dan bungkusan antarabangsa digantung sementara.



Ia susulan gangguan perkhidmatan ke semua negara destinasi kecuali China, Hong Kong, Jepun, Singapura dan United Kingdom berkuat kuasa 30 Mac sehingga diberitahu kelak.


Menurut satu hantaran di Facebook Pos Malaysia, ini disebabkan pembatalan penerbangan, penutupan lapangan terbang dan langkah-langkan pencegahan yang diambil bagi membendung penularan wabak Covid-19 di negara destinasi.


Bagaimanapun, perkhidmatan Ekspres Mail Service (EMS) masih tersedia melalui pembekal rangkaian Pos Malaysia yang masih melakukan penghantaran ke negara-negara berikut kecuali seperti dinyatakan.


Negara terbabit ada kami sertakan pada gambar menerusi posting ini.


Orang ramai juga boleh merujuk pautan ini (https://newsupdates.pos.com.my) untuk senarai pejabat pos dan cawangan Pos Laju yang ditutup sementara sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.


Pejabat pos dan cawangan Pos Laju yang tidak disenaraikan adalah dibuka mengikut waktu operasi yang dinyatakan di dalam notis.


* FOTO: HERBA KOSMET

75 views

©2020 by HyperlokalMY