• Pupa Kupa

Ronaldinho ibarat Mean Machine dunia sebenar

Legenda Barcelona dan Brazil, Ronaldinho mengambil bahagian dalam kejohanan futsal penjara di mana dia ditahan dan membantu pasukannya menang 11-2.

Ia dilaporkan secara meluas di halaman sukan dan media sosial.

Media Paraguay melaporkan, Ronaldinho, pemenang Piala Dunia 2002 yang kini berusia 39 tahun, menjaringkan lima gol dan melakukan enam bantuan gol dengan keputusan akhir 11-2 di penjara Asuncion.

https://twitter.com/BarcaSelect/status/1238726459109318656?s=09

Atas kemenangan itu, dia dilaporkan memenangi babi seberat 16 kilogram yang ditawarkan kepada pemenang.

Aksi dalam penjara itu mengingatkan lepada filem Mean Machine, lakonan bekas pemain pasukan Wimbledon dalam Liga Perdana Inggeris, Vinnie Jones.

Bagi Hyperlokal, Mean Machine antara filem terbaik genre bola sepak pernah dihasilkan.

Ia mengisahkan Danny Meehan yang dipenjarakan dan mengetuai pasukan banduan menentang pasukan warden.

Bagaimanapun, dalam perlawanan futsal yang disertai Ronaldinho, tidak pasti sama ia turut disertai pasukan pegawai penjara.

Ronaldinho baru-baru ini ditahan atas kesalahan menggunakan pasport palsu untuk memasuki Paraguay.

Dia boleh dipenjara sehingga enam bulan selepas mahkamah tidak membenarkan ikat jamin dan menolak rayuannya untuk tahanan rumah.

63 views

©2020 by HyperlokalMY