• Pupa Kupa

Safiq Rahim pun diperiksa dalam Ops COVID-19

Pemain tengah Melaka United, Safiq Rahim tidak terlepas daripada ditahan oleh anggota polis ketika sekatan jalan raya sempena perintah kawalan pergerakan bagu mengekang penularan coronavirus. Bekas kapten Harimau Malaya itu ditahan ketika menaiki kereta bersendirian. Berdasarkan video dikongsi Malayan Tiger Co di Twitter, seorang anggota polis yang mengenali Safiq kemudian bertanya ke mana arah tujunya. Legenda Johor Darul Ta'zim (JDT) itu kemudian memaklumkan dia mahu pergi membeli barang.

Anggota polis terbabit kemudian menjelaskan kepada Safiq selepas ini jika mahu membeli barang dapur, hanya seorang sahaja daripada satu keluarga dibenarkan berbuat demikian. Sebelum membenarkan Safiq berlalu, anggoya polis itu sempat mengucapkan selamat berjaya JDT, mungkin tidak tahu atau terlupa yang Safiq kini beraksi bersama pasukan Melaka United.

https://twitter.com/malayantiger_co/status/1241723771741822976?s=20

Dalam video itu, kedengaran suara seseorang, dipercayai rakan setugas anggota polis terbabit yang berkata: Ni yang pemain bola tu ke?

38 views

©2020 by HyperlokalMY