• Hang Lekir

'Saya buat gelang tenun untuk dipakai sebagai tanda persahabatan'


'Saya membuat gelang tenun berwarna biru ini untuk kamu sebagai tanda terima kasih atas segala usaha yang kamu lakukan untuk rakyat Malaysia untuk sentiasa selamat dan sihat sepanjang penularan wabak ini.' Itu antara nukilan adik Lara Khadijah McAfee, 9, dari Kuala Terengganu yang dialamatkan kepada tokoh yang dianggapnya sebagai sahabat, tidak lain tidak bukan Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah. Antara lain, murid Darjah Tiga SK Seri Budiman itu berkata, gelang tenun itu dibuatnya dan diberikan kepada sahabatnya sebagai tanda persahabatan. Surat itu bukan saja viral di media sosial sehingga mendapat perhatian rakyat Malaysia malah 'sahabatnya' itu iaitu Dr Hisham turut membalas surat berkenaan sebagai tanda terima kasih.

103 views

©2020 by HyperlokalMY