• Pupa Kupa

Selamat hari jadi Pak Yus, Al-Fatihah

Jika Yus Jambu masih hidup, hari ini (15 Mac) adalah ulang tahun kelahiran arwah yang ke 44.

Yus atau nama sebenarnya Yussry Edoo berasal dari Kangar, Perlis adalah pelawak yang mendapat tempat dalam kalangan masyarakat sehingga pemergiannya pada 30 November 2015 ditangisi ramai.

Mari kita imbas kembali perjalanan hidup Yus Jambu

1.Mula menceburi bidang seni pada 2001 selepas menyertai pertandingan Sinaran Pasport Kegemilangan anjuran TV3.

2. Menyertai Raja Lawak musim pertama pada 2007 dan dinobatkan sebagai juara.

3.Selepas lama menyepi, pada 2011, Yus bersama Tauke membentuk kumpulan Jambu dan menyertai Maharaja Lawak Mega dan mendapat tempat keempat

5. Gandingan kedua-dua pelawak itu muncul naib johan Maharaja Lawak Mega edisi 2012.

6.Tagline Yus yang paling mendapat perhatian adalah ‘kmon la’, ‘boleh tuju lagu’, ‘kicap nak kicap’, apa pun tak boleh’, ‘kokdiang’ dan ‘siapa menteri perdagangan mexico’.

7.Selepas pemergiannya, pelbagai kisah kebaikkan arwah terutama dalam menderma mula didedahkan pelbagai pihak.

Marilah sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah buat arwah. Moga Yus Jambu ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman.

35 views

©2020 by HyperlokalMY