• Pupa Kupa

Sut pandemik JDT tarik perhatian Tekker



Bukan setakat Liverpool, Real Madrid dan Barcelona, malah kelab bola sepak Johor Darul Ta'zim (JDT) turut disenaraikan dalam paparan media sosial oleh Tekkers mengenai kit pandemik berkaitan penularan wabak COVID-19.


Tekkers adalah syarikat media sosial yang meraikan kemahiran, kesenian dan semangat bola sepak seluruh dunia.


Turut tersenarai dalam paparan yang dimuat naik di Instagram Tekkers ialah Inter Milan, Paris Saint Germain, Juventus, Galatasaray dan Menchester United.


Sebuah lagi pasukan dari Asia yang dipaparkan ialah kelab liga profesional India, Bengaluru FC.


Berdasarkan paparan itu, setiap pasukan berkenaan dipaparkan dengan pakaian kit pandemik, berasaskan jersi pasukan masing-masing yang mana JDT menggunakan jersi musim 2019.


Laman Facebook Johor Southern Tigers dalam reaksi berhubung paparan itu menyatakan rasa bangga kerana turut disenaraikan bersama beberapa kelab ternama dunia yang lain.

32 views

©2020 by HyperlokalMY