• Pupa Kupa

Tabik hotel Tenera



Langkah Hotel Tenera menyampaikan mesej ringkas hanya melalui cahaya lampu ketika negara berdepan krisis wabak Covid-19 perlu dipuji.


Pendekatan kreatif oleh warga hotel yang terletak di Bangi itu dilihat menghargai usaha semua pihak terutama petugas barisan hadapan.


Setiap malam, difahamkan bermula ketika Perintah Kawalan Pergerakan(PKP) diperkenalkan, hotel bertaraf empat bintang ini akan menyampaikan mesej penghargaan kepada doktor, polis hingga ke penghantar makanan.


Tidak dilupakan hotel ini juga turut memberi nasihat kepada orang ramai untuk berhati-hati, tidak berbohong hinggakan mesej sayang kepada Mak Cik Kiah.


Walaupun mesej melalui cahaya lampu, ia secara tidak langsung memberi semangat kepada semua rakyat Malaysia untuk sama-sama melawan Covid-19.









©2020 by HyperlokalMY