• Pupa Kupa

Tangguh balik kampung, Zaquan Adha beriadah di laman rumah

Perintah Kawalan Pergerakan selama 14 hari sehingga 31 Mac ini menyebabkan ramai ‘mati kutu’ terutamanya kepada golongan kaki sosial kerana tidak tahu membuat apa-apa aktiviti di rumah. Mungkin apa yang dikongsikan pemain bola sepak Kedah, Zaquan Adha ini boleh memberi idea kepada orang lain terutama ibu bapa bagi mengelak anak-anak tidak bosan sepanjang tempoh perintah dilaksanakan. Berdasarkan perkongsian di laman Instagram, Zaquan pada mulanya mahu pulang ke Seremban namun terpaksa membatalkan hasrat itu selepas pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan yang dibuat Perdana Menteri. Bagi memastikan anak-anaknya gembira, bekas kapten skuad kebangsaan ini membina taman tema air di halaman rumahnya.

https://www.instagram.com/p/B922KzhB1OP/?igshid=1gr8uhqny8rqr

“Lebih baik stay at home sebab masalah wabak covid 19... tak da rezeki nak balik jumpa mak anda famili. “Mungkin ada hikmah, so daddy (Zaquan) pun plan aktiviti yang boleh happy kan anak-anak daddy. “So maybe korang yang ada famili dan anak boleh try plan macam ni dekat rumah. Happy holiday and safe guys,” kata Zaquan.

#COVID19 #PerintahKawalanPergerakan #DudukRumah

16 views

©2020 by HyperlokalMY