• Hang Lekir

The Simpsons sudah ramal kematian George Floyd?


Pada awal Jun ini, satu foto memaparkan tangkap layar didakwa daripada salah satu episod The Simpsons viral di media sosial kononnya, siri animasi itu sudah 'meramalkan' kematian warga Amerika-Afrika, George Floyd yang meninggal dunia ketika ditahan seorang polis di Minneapolis sehingga mencetuskan hura-hara di negara itu.


Imej di foto itu memaparkan Chief Wiggum salah satu watak polis dalam animasi terkenal itu sedang melutut di atas tengkuk seorang lelaki berkulit hitam sementara Lisa Simpsons memegang sepanduk bertulis 'Justice for George'.


Bagaimanapun, tangkap layar itu bukanlah hasil daripada siri animasi berkenaan sebaliknya ia dihasilkan oleh seorang kartunis yang dikenali sebagai Yuri Pomo - Vipcartoonizer yang dimuatnaiknya di laman Instagramnya.



Malah, dakwaan mengatakan tangkap layar itu hasil daripada siri animasi terbabit juga tidak benar kerana ia dimuatnaik Yuri pada 30 Mei lalu iaitu lima hari selepas kematian Floyd.


Tangkap layar berkenaan bukan saja menjadi bualan warganet di Amerika Syarikat malah ia turut viral di Malaysia sejak beberapa hari lalu.


Siri animasi The Simpsons kerap menarik perhatian warga dunia apabila terdapat beberapa plot animasinya yang benar-benar menjadi kenyataan seperti kematian lagenda basketball, Kobe Bryant dan pencalonan Donald Trump sebagai Presiden Amerika Syarikat.





558 views

©2020 by HyperlokalMY