• Pupa Kupa

Tolong beri kerjasama, jujur kepada staf KKM

Seorang tenaga perubatan meluahkan rasa sedih dan kecewa sambil mendedahkan sebilangan besar staf kesihatan terpaksa dikuarantin. Menurut Dr Afiq Rahim di lama Twitter (@affick_rahim) ia berpunca daripada sikap tidak jujur pesakit ketika disoal selidik. Tindakan tidak jujur pesakit itu juga turut menyebabkan fasiliti Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kekurangsn tenaga kerja ketika khidmat mereka amat diperlukan. Justeru Dr Afiq merayu supaya pesakit untuk berlaku jujur jika mempunyai simptom atau berhubung dekat dengan mana-mana individu yang disahkan positif wabak berkenaan. Hyperlokal berharap supaya kumpulan barisan hadapan iaitu pasukan perubatan di seluruh negara dilindungi daripada wabak korona untuk meneruskan khidmat mereka kepada masyarakat. Kami juga ingin menasihatkan masyarakat supaya #JustStayAtHome dan beri kerjasama kepada pasukan perubatan bagi membasmi wabak ini daripada terus menjangkiti rakyat Malaysia #WabakKorona #JustStayAtHome #KKM

9 views

©2020 by HyperlokalMY