• Pupa Kupa

Uncle Sam 'bermandikan' warna biru



Seluruh Amerika Syarikat berwarna biru malam tadi sebagai tanda sokongan terhadap petugas barisan hadapan dalam menangani wabak Covid-19 di negara itu.


Pencahayaan berwarna biru yang dikenali sebagai ‘Light it blue’ di bangunan ikonik terkenal di negara Uncle Sam seperti One World Trade Center dan Madison Square Garden itu bermula pada jam 8 malam.



Malah bangunan lain seperti stadium bola keranjang dan ‘American Football’ serta bangunan komersial turut mengambil inisiatif yang sama.



Tanda sokongan melalui cahaya biru itu susulan situasi semasa menyaksikan Amerika Syarikat menjadi negara paling tertinggi merekodkan jumlah kematian akibat Covid-19.



Sehingga semalam, hampir 15,000 dilaporkan meninggal dunia dah seramai 431,838 dijangkiti wabak itu di negara berkenaan.


#LightItBlue

68 views

©2020 by HyperlokalMY