• Hang Lekir

Wanita Pakistan sebak ketika bereaksi terhadap nyanyian Siti Nurhaliza


Datuk Seri Siti Nurhaliza atau Tokti, satu nama yang tidak perlu diperkenalkan lagi terutamanya kepada masyarakat di negara ini termasuk di beberapa negara jiran lain seperti Indonesia, Brunei dan Singapura. Kelunakan suara penyanyi nombor satu tanah air itu, pastinya mengundang gelora di jiwa yang mendengar nyanyian beliau sama ada menerusi platform media sosial mahu pun secara live. Namun begitu, kemerduan suara Tokti bukan saja memikat golongan yang memahami bahasa Melayu malah turut menambat hati dua beranak yang berasal dari Pakistan namun kini menetap di United Kingdom (UK). Haider's World adalah sebuah platform Youtube yang diusahakan dua beranak iaitu ibu dan anak berusia lingkungan tujuh tahun dengan memberikan reaksi mereka terhadap lagu-lagu dari seluruh dunia termasuk Malaysia dan Indonesia.


Namun, apa yang menarik perhatian adalah apabila dua beranak itu menerbitkan satu video pada 24 April lalu dengan memberi reaksi kepada nyanyian (cover) Tokti menerusi lagu Aisyah Isteri Rasulullah hasil adaptasi Hasbi Haji Muh Ali (Mr Bie) daripada lagu asal Aisyah nyanyian Projector Band. Ketika memperkenalkan Tokti di dalam video itu, si ibu turut menyatakan bahawa Tokti adalah Superstar di Malaysia. Wanita itu turut mengatakan bahawa dia sebelum ini memberi reaksi kepada lagu sama nyanyian Sabyan sehingga menitiskan air mata. Dalam video itu, si ibu ingin mengetahui sama ada nyanyian Tokti mampu memberikan perasaan sama seperti sebelumnya, namun ternyata, kelunakan suara Tokti sememangnya tiada tandingan apabila wanita itu bukan saja membuatkan bulu romanya berdiri bahkan menitiskan air matanya.


Ternyata, anugerah yang dimiliki Tokti bukan saja menambat hati masyarakat nusantara malah turut dapat memberikan impak kepada sesiapa saja yang mendengarkannya.


113 views

©2020 by HyperlokalMY