• Hang Lekir

Wanita paling ramai kunjungi laman cari jodoh ketika PKP


Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bukan penghalang buat individu yang masih bujang dalam mencari teman hidup terutamanya golongan wanita. Menerusi aplikasi dan portal mencari jodoh muslim, Baituljannah.com lebih setengah juta pengguna di negara ini termasuk satu peratus dari Brunei dan Singapura berdaftar untuk mencari jodoh. Berdasarkan peratusan mendaftar, daripada 548,652 pengguna yang berdaftar, 68.7 peratus adalah wanita dan 31.2 adalah lelaki. Pengguna dari Johor dan Selangor paling ramai melayari aplikasi berkenaan dalam tempoh PKP ini iaitu masing-masing sebanyak 13.5 peratus dan 13.1 peratus.


Difahamkan peratusan pelayar berdaftar meningkat sebanyak 21 peratus ketika PKP dan masa yang terluang di rumah mendorong individu mencari jodoh menerusi aplikasi berkenaan. Baituljannah.com adalah landasan cari jodoh muslim yang berkesan membantu meningkatkan kadar perkahwinan dalam kalangan muslim di Malaysia, Singapura dan Brunei dengan rekod setakat hari ini 2,612 pasangan yang berkenalan melaluinya sudah melangsungkan perkahwinan.

243 views

©2020 by HyperlokalMY