• Pupa Kupa

Wanita terima padah panggil polis ‘idiot’




Seorang wanita didakwa di Mahkamah Majistret Petaling Jaya hari ini atas pertuduhan mengucapkan kata-kata kesat serta menghalang penjawat awam menjalankan tugas .


Pengurus jualan syarikat swasta berusia 44 tahun itu mengaku tidak bersalah sebaik dua pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nurshahira Abdul Salim.


Bagi kesalahan pertama, dia didakwa berkelakuan kurang sopan terhadap seorang anggota polis dengan berkata 'Idiot'.


Kesalahan kedua, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja menghalang tugas penjawat awam iaitu anggota polis daripada menjalankan tugas dan fungsinya.


Kedua-dua perbuatan itu dilakukan pada 9.40 pagi 31 Mac lalu dalam sekatan jalan raya di Jalan Persiaran Surian menghala masuk ke Pelangi Damansara, Petaling Jaya Selangor.


Tertuduh dibenarkan diikat jamin empat ribu ringgit untuk kedua-dua pertuduhan dengan seorang penjamin.

130 views

©2020 by HyperlokalMY