• Pupa Kupa

Warga emas mangsa ke-15 COVID-19

Updated: Mar 27

Satu lagi kematian akibat Covid-19 di Malaysia hari ini, menjadikan jumlah kes kematian 15 orang, setakat ini. Perkara itu diumumkan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah yang memaklumkan mangsa ialah lelaki berusia 71 tahun dan kes ke-1,519 yang berasal dari Melaka. “Beliau disyaki mempunyai kontak dengan kes positif ke-703 yang menghadiri perjumpaan tabligh di Masjid Seri Petaling. “Beliau mempunyai sejarah penyakit kronik dan dirawat di Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar, sejak 18 Mac,” katanya. Lelaki terbabit meninggal dunia pada jam 5.35 pagi tadi.

13 views

©2020 by HyperlokalMY