• Pupa Kupa

Wartawan jenayah paling otai akan bersara



Bagi wartawan meja jenayah khususnya di Lembah Klang, siapa yang tak kenal Uncle Goh. Beliau telah menjadi wartawan di meja jenayah selama 38 tahun - sejak 1982.


Di bawah ini sedikit perkongsian mengenai Uncle Goh yang dimuat naik oleh wartawan Malaysia Gazette, Syahril A Kadir di Facebook beliau:


Siapa yg pernah jadi wartawan jenayah mesti kenal susuk tubuh lelaki Cina ini. Selama 38 tahun dalam bidang kewartawanan, hampir 98 peratus dia bertugas di Meja Jenayah, luar biasa!


Ketika saya mula- mula jadi wartawan kadet dulu, hampir semua pegawai polis dari CID di IPK Kuala Lumpur kenal dengan dia.


Trademark Uncle Goh ni senang je- baju belang!


Tadi masa saya terserempak dengan dia kat balai pun, dia tetap baju belang. Uncle Goh selalu bekerja di syif malam.


"Syahril saya sudah tua, tahun depan sudah 60 tahun. Saya sudah mau pencen," kata Uncle Goh dari akhbar Sin Chew Jit Poh ini. Ala sedih pulak.


Apapun salutelah...ini baru betul-betul otai!

450 views

©2020 by HyperlokalMY