• Hang Lekir

WhatsApp naik taraf fungsi panggilan video daripada 4 kepada 8 orang serentak


Sejak serangan wabak COVID-19 terhadap dunia sehingga kebanyakkan negara mengeluarkan perintah berkurung atau dikenali sebagai Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Malaysia, penggunaan servis panggilan video digunakan secara meluas di pelusuk negara. Ia diguna bagi menggantikan kaedah konvensional seperti mesyuarat, pembelajaran mahu pun 'melepak' bagi sesetengah golongan belia. Justeru, WhatsApp dilihat tidak mahu ketinggalan dalam menyediakan platform sama untuk memberikan servis panggilan video terbaik kepada pengguna apabila menambah bilangan individu untuk membuat panggilan secara serentak daripada empat kepada lapan orang pada sesuatu masa.


Fungsi video sedia ada ini ditambahbaik WhatsApp bagi memberikan ruang kepada lebih ramai pengguna membuat panggilan video secara serentak selain meluaskan penggunaannya daripada sebelum ini. Servis panggilan sebegini memberikan masyarakat lebih option untuk memilih aplikasi terbaik dalam membuat panggilan video walaupun seperti semua sedia maklum penggunaan aplikasi Zoom menjadi pilihan ramai sejak PKP dilaksanakan terutama di Malaysia. Bagaimanapun, fungsi terbaru itu masih belum boleh digunapakai namun dijangka akan ditawarkan tidak lama lagi. Justeru, Hyperlokal melihat, servis ini juga dapat menggantikan method perayaan konvensional kerana pengguna WhatsApp dapat berhubung dengan keluar mahu pun kenalan menerusi platform ini jika PKP diteruskan sehingga musim Aidilfitri

50 views

©2020 by HyperlokalMY