• Hang Lekir

Wilayah Persekutuan benarkan solat jemaah di masjid, surau dalam zon hijau

Semua masjid, surau Jumaat dan surau terpilih dalam zon hijau di Wilayah Persekutuan dibenarkan beroperasi termasuk untuk menunaikan solat Jumaat, solat sunat tarawih dan solat sunat Aidilfitri, mulai esok. Bagaimanapun, kebenaran mendirikan solat jemaah itu perlu menepati beberapa syarat ketat yang ditetapkan termasuk ahli jemaah yang mendirikan solat tidak boleh melebihi 30 pada satu-satu masa. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, berkata solat lain secara berjemaah boleh dilaksanakan secara berperingkat bermula selepas solat Jumaat esok, berdasarkan cadangan Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Khas Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia kali ke-5. "Bilangan jemaah bagi solat Jumaat dan lain-lain solat berjemaah adalah tidak kurang daripada tiga orang, tidak termasuk imam dan tidak lebih daripada 30 orang. "Keputusan ini adalah selaras keputusan Mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan pertemuan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dengan Perdana Menteri pada 12 Mei 2020," katanya pada sidang media di Perdana Putra, Putrajaya, hari ini.


Sumber Berita Harian

42 views

©2020 by HyperlokalMY